Friday, September 20, 2013
Ceritaku - Episod 2
Dear Darling. Sebelom aku kenal hubby, along selalu bawa aku berjumpa parent hubby. Aku masih ingat lagi kali pertama along bawa aku beraya kerumah parent hubby. U olls tau apa perasaan aku masa tu?... terkejut and x disangka-sangka. Nama jer hari raya tapi aku tengok adik-adik hubby tengah makan di ruang tamu sambil halwa telinga di dendangkan lagu dari mulut mak tiri diorg. Kesian sgt masa tu, tengah ngadap rezki tapi pada masa yang sama kena dengar org membebel. perh... kesian gilers. Then bermula dari situ aku mengenali hubby and family. Masa tu diorg ada wat partime job karaoke kat gerai makan. Along rajin bawa aku pi sana. So dari usik mengusik (macam lagu acik spin & nana jer bunyi nyer), terus tersangkut. Mesti korang tertanya-tanya kan camne hati aku yg dah beku perasaan pada lelaki ni leh jadi cair pada dia. Hihihi... 1st time keluar dengan hubby masa along planning nak pi mandi-manda. Kalau tak silap aku masa tu pi Tanjung Balau. Semua pi berpasangan cuma aku jer yg tak nak pi coz segan. so hubby pun masa tu takder pasangan yang nak dia ajak pi. Dia seorang yg gentelman coz minta kebenaran mak aku untuk bawa aku pi mandi-manda. Balik lambat dari program mandi manda tu pun dia jumpa mak aku minta maaf coz terlambat.
Ceritaku - Episod 1
Hi darling... kita sambung previous story. Actually aku n along x la rapat sgt since sekolah tapi itu la takdir dari Allah yg pertemukan aku n hubby. Lepas SPM aku dapat sambung belajar ke Politeknik Ungku Omar Ipoh. Bermacam-macam pahit getir aku kena tempuhi semasa di sana. Hinggakan ada sejarah hitam yang membuatkan aku jadi serik untuk bercinta and mempercayai manusia bergelar lelaki. Setahun selepas kejadian tu (masa tu aku dah masuk semesta ke 3 di Politeknik), aku balik ke JB sempena cuti public holiday. tergerak hati nak beli burger singgah la ke gerai burger tepi jalan di Permas 1. Tak di sangka-sangka along yang jual kat situ. Then masa tu la bermulanya persahabatan kami. To be honest aku tak ramai kawan perempuan. Mostly my friend is lelaki sebab dari zaman sekolah memang mejority kawan-kawan aku lelaki. Sebab apa, aku pun tak tau tapi aku lebih selesa dengan kawan lelaki coz kawan lelaki tak sensitif sangat macam perempuan. Kebanyakkan perempuan senang sentap. Bila dah kawan dengan along, kemana je dia pi aku ada. Walaupun aku ni susah sikit nak dapat perlepasan dari mak aku. Berbeza pada zaman Poly sebab kat sana aku lebih ramai kawan perempuan. Lepas kenal along memang ada gak 2 3 kawan lelaki yang cuba dekat and nak jadi special BF aku tapi seriusly aku masih takut. Semuanya aku anggap macam kawan, dari situ la mula ada yang mulut busuk cakap aku macam bohsia la ikut lelaki sana sini sedangkan hakikatnya orang yang bawa mulut tu frust sebab aku tolak pelawaan diorg untuk jadikan aku special girlfriends (aku tak cantik sangat tp aku tau niat diorg knapa nak wat aku special gf). Actually siapa yang kenal aku dia tau aku ni macam mana. To be continue....
Subscribe to:
Comments (Atom)